Lima peratus daripada 8,330 KRT tidak aktif - Utusan Malaysia

Lima peratus daripada 8,330 KRT tidak aktif

NORIDAH Abdul Halim menanam nanas ketika melawat Tapak Projek Ekonomi KRT di Kampung Gunung, Ajil, Hulu Terengganu, hari ini. - UTUSAN/NOOR HAYATI MAMAT
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU TERENGGANU: Kira-kira lima peratus daripada 8,330 kawasan rukun tetangga (KRT) dari seluruh negara didapati tidak aktif ketika ini. 

Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara, Datuk Noridah Abdul Halim berkata, antara faktor utama KRT terbabit tidak aktif adalah kekurangan penyertaan golongan muda dalam organisasi sukarelawan tersebut. 

“Senario dihadapi di kawasan KRT tidak aktif ialah ramai komuniti sudah berusia lebih 60 tahun dan sudah kurang produktif, pada masa sama sukar untuk dapatkan pelapis bagi terajui jawatankuasa pengurusan. 

“Walaupun peratusan itu kecil berbanding jumlah keseluruhan KRT yang ada seluruh negara, kita  tidak berhasrat batalkan pendaftar sebaliknya jabatan terlibat sama ada di peringkat negeri dan daerah berusaha pastikan ia dapat bergerak aktif semula. 

“Antara penambaikan dilakukan ialah kuota jawatankuasa khususnya mengikut peringkat umur seperti jiran muda biar apa pelapis bagi kesinambungan sebuah KRT,” katanya. 

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke tapak Projek Ekonomi KRT Kampung Gunung, Ajil, di sini, hari ini. 

Tambah beliau, kerajaan menyalurkan peruntukan sebanyak RM6,000 bagi setiap KRT pada tahun ini bagi membolehkan pelaksanaan pelbagai bentuk aktiviti komuniti KRT termasuk kawalan keselamatan serta projek ekonomi komuniti. 

Katanya lagi, setiap KRT yang berkemampuan juga turut digalakkan menyediakan tuisyen kepada anak-anak komuniti di kawasan masing-masing bagi mempelbagaikan lagi peranan KRT. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya