Lelaki muat naik kenyataan provokasi perkauman ditahan

Lelaki muat naik kenyataan provokasi perkauman ditahan

maut
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang lelaki ditahan polis dipercayai memuat naik kenyataan bersifat provokasi perkauman dan berunsur hasutan di Twitter baru-baru ini. 

Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Noorsiah Mohd. Saaduddin berkata, suspek berusia 33 tahun itu ditahan di Bagan Serai, Perak.

Beliau berkata, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 505 (c) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Kes disiasat oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (D5)  Bukit Aman. 

“Dalam tangkapan itu, kita turut merampas telefon bimbit dan sekeping kad sim milik suspek,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Menurutnya, permohonan reman terhadap suspek di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah dibenarkan selama tiga hari bermula hari ini hingga 11 Mei. 

Beliau turut menasihatkan orang ramai tidak menyalahgunakan media sisial dengan mengeluarkan kenyataan yang mengaibkan, mengundang kemarahan selain menimbulkan rasa benci kepada agama, kaum dan raja. 

“Perbuatan seumpama boleh mencetuskan  ketidakharmonian dan menjejaskan perpaduan.

“Tindakan tegas akan diambil mengikut peruntukan undang-undang sedia ada demi melindungi ketenteraman dan kepentingan masyarakat.

Baru-baru ini, pemilik Twitter @hezryhaizad telah mengeluarkan beberapa kenyataan bersifat provokasi perkauman sehingga boleh menganggu ketenteraman awam.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya