Lelaki maut, wanita cedera kereta terbakar

Lelaki maut, wanita cedera kereta terbakar

ANGGOTA bomba memadam kebakaran sebuah kereta yang terbabit kemalangan di laluan motosikal Jalan Seputeh, Petaling Jaya, malam tadi.

PETALING JAYA: Seorang lelaki maut manakala seorang wanita cedera ringan selepas kereta dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan sebelum terbakar di laluan motosikal Jalan Seputeh, di sini, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10 malam itu, membabitkan seorang lelaki tempatan yang maut manakala seorang wanita warga Thailand. 

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 10.18 malam tadi.

Kata beliau, sebanyak 17 anggota bersama beberapa jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seputeh dan BBP Pantai dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba, kami mendapati terdapat kebakaran membabitkan sebuah kereta yang tidak dapat dikenal pasti jenis serta nombor pendaftaran.

“Kebakaran itu menyebabkan kereta terbabit musnah sepenuhnya sebelum api berjaya dikawal menggunakan dua aliran hos,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, mangsa berkenaan menerima rawatan awal daripada Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) sebelum dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). – UTUSAN

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, Twitter, Instagram, Youtube, Telegram & TikTok

BERITA BERKAITAN

RSS Error: A feed could not be found at `https://www.relevan.com.my/feed`. This does not appear to be a valid RSS or Atom feed.