Lelaki ditemukan maut ditembak.

Lelaki ditemukan maut ditembak

maut
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Seorang lelaki maut selepas ditembak ketika berjalan ke keretanya sebaik selesai makan di sebuah medan selera di Jalan Bandar 1, Pusat Bandar Puchong, Puchong dekat sini, senalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12.35 tengah malam itu,  aduan diterima daripada orang awam mengatakan seorang lelaki dalam keadaan terbaring berlumuran darah dan tidak sedarkan diri di sebelah medan selera terbabit.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A A Anbalagan berkata, pemeriksaan mendapati mangsa adalah lelaki tempatan berusia 31 tahun dan beralamat di Dengkil, Selangor.

“Siasatan awal mendapati mangsa dipercayai ditembak ketika sedang berjalan kaki menuju ke keretanya sebaik selesai makan di medan selera terbabit.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan mayatnya dibawa ke Hospital Serdang untuk proses bedah siasat,” katanya dalam kenyataan di sini malam tadi.

Menurut beliau, semakan mendapati mangsa mempunyai 21 rekod jenayah dan pernah menjalani hukuman mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan (samun berkumpulan) dan Seksyen 397 kanun sama (samun berkumpulan) bersenjata).

Katanya, semakan juga mendapati mangsa pernah ditahan mengikut Akta Pencegahan Jenayah 1959 (POCA) dan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma).

“Polis sedang giat menjalankan usaha mengesan suspek yang mendalangi kejadian ini serta menyiasat motif pembunuhan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu membunuh,” jelasnya.- utusan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya