MACHANG: Seorang lelaki yang mencuri wang dari tabung sebuah masjid di sini diberkas polis dalam serbuan di Pangkal Meleret semalam.
Lelaki berusia 23 tahun itu diberkas polis pada pukul 7 malam selepas bertindak atas maklumat berkiat dengan kecurian wang dari tabung masjid.
Ketua Polis Daerah Machang, Superintendan Mohd. Adli Mat Daud berkata, hasil serbuan yang dilakukan pihaknya merampas tukul besi dan pakaian yang digunakan oleh suspek semasa kejadian.
Menurutnya, siasatan lanjut mendapati merupakan seorang bekas banduan yang dibebaskan dari penjara awal tahun lalu atas kesalahan menucuri wang tabung masjid di sekitar daerah ini.
“Pada masa sama, kita turut menerima empat laporan polis berkiat kes berkenaan yang dilakukan oleh suspek dan sedang dalam proses tindakan.
“Ujian saringan awal ke atas suspek medapati dia positif dadah jenis methamphetamine,” katanya dalam satu kenyataan di sini sebentar tadi.
Mohd. Adli memberitahu, semakan turut mendapati suspek mempunyai
enam rekod lampau berkaitan dengan kesalahan jenayah dan dadah.
Katanya, suspek direman selama empat hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan.-UTUSAN