Lebih banyak laluan kontra diwujudkan, atasi kesesakan jalan Lembah Klang

Lebih banyak laluan kontra diwujudkan, atasi kesesakan jalan Lembah Klang

AHMAD Zahid Hamidi pada sidang akhbar selepas Mesyuarat JKMKJR di Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Lebih banyak laluan kontra akan diwujudkan bagi mengatasi isu kesesakan lalu lintas di Lembah Klang terutama pada waktu puncak.

Perkara itu diputuskan pada mesyuarat pertama Jawatankuasa Kabinet Mengenai Kesesakan Jalan Raya (JKMKJR) yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, di sini hari ini.

Ahmad Zahid berkata, JKMKJR akan meminta input berkaitan kesesakan jalan itu daripada pihak berkuasa tempatan (PBT) sebelum laluan kontra baharu itu diputuskan.

Beliau berkata, PBT berkenaan diberi masa dua minggu untuk memberi input berkaitan sebelum dibawa pada mesyuarat jawatankuasa teknikal JKMKJR untuk diputuskan.

“Ketika ini, beberala laluan kontra diperkenalkan terutama bagi laluan Kajang – Cheras – Putrajaya,” katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa itu, hari ini.

Katanya, jawatankuasa juga meminta PBT seperti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) supaya memberi input bagi mengatasi isu kesesakan lalu lintas memandangkan kesesakan kerap berlaku di kawasan itu.

Ahmad Zahid berkata, beliau juga mahu masalah kesesakan jalan yang berpunca daripada penutupan jalan dikurangkan dan diselesaikan dengan segera.

Menurutnya, satu penyelarasan akan dilakukan segera terutama bagi laluan utama berdekatan kawasan pembinaan lebuh raya, bangunan atau lain-lain infrastruktur.

“Penutupan jalan ini hendaklah dikurangkan dan mesti dimaklumkan supaya ada kaedah penyuraian terhadap masalah lalu lintas,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Ahmad Zahid berkata, kerajaan menyasarkan isu kesesakan lalu lintas di Kuala Lumpur dijangka dapat diselesaikan secara menyeluruh sebelum tahun 2030.

“Kami dimaklumkan DBKL meletakkan sasaran pada 2030, namun mesyuarat tadi memutuskan ia mesti diselesaikan lebih awal daripada 2030.

“Jadi, kita meletakkan tarikh sasaran baharu bagi penyelesaian menyeluruh di mana Menteri Pengangkutan, Anthony Loke akan mempengerusikan jawatankuasa teknikal bagi perkara itu,” katanya.

Ditanya sama ada ‘caj kesesakan’ turut dibincangkan pada mesyuarat sama, Ahmad Zahid berkata, isu itu tidak dibincangkan, namun akan dibawa pada mesyuarat teknikal JKMKJR.

Isu caj kesesakan pernah dicadangkan sebelum ini dan ia disifatkan antara langkah terbaik dalam mengurangkan kesesakan lalu lintas terutama di ibu negara.

Caj kesesakan itu telah lama dilaksanakan di bandar luar negara antaranya Singapura; London, United Kingdom; Stockholm, Sweeden dan Milan, Itali. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya