Laporan kes gugur Hafidz, Nurul Shuhada dirujuk ke Mahkamah Syariah - Polis - Utusan Malaysia

Laporan kes gugur Hafidz, Nurul Shuhada dirujuk ke Mahkamah Syariah – Polis

Polis
MOHD. IQBAL IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Polis Diraja Malaysia (PDRM) merujuk dua laporan dibuat pelakon, Muhammad Hafidz Roshdi berhubung keguguran dialami isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri pada 17 April dan 6 Mei lalu kepada Mahkamah Syariah berikutan prosiding kes tersebut masih berjalan.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, bagaimanapun tiada sebarang siasatan polis dibuat ke atas laporan tersebut.

“Sekiranya benar seperti dakwaan pengadu, satu laporan polis haruslah dibuat bagi siasatan lanjut dijalankan bersama maklumat berkaitan. Laporan tersebut akan dimajukan kepada kawasan di mana keguguran dibuat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Namun, tambahnya, sebarang perkembangan berhubung kes tersebut akan dimaklumkan semula.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan pelakon, Muhammad Hafidz, 29, membuat dua laporan polis berhubung keguguran kandungan dialami, Nurul Shuhada, 29, selepas mendakwa isterinya itu menyatakan hasrat berbuat demikian terhadap kandungan anak ketiga mereka.

Muhammad Hafidz berkata dia menghalang hasrat tersebut dan bersedia untuk bertangunggjawab terhadap kandungan isterinya itu selepas menerima mesej menerusi aplikasi WhatsApp daripada Nurul Shuhada.

Bagaimanapun, Nurul Shuhada ketika ditemui enggan mengulas lanjut mengenai dakwaan dibuat Hafidz, sebaliknya memaklumkan perkara tersebut dalam siasatan polis.

Terdahulu kedua-dua pasangan itu hadir ke Mahkamah Rendah Syariah bagi sebutan semula permohonan pengesahan lafaz cerai sebelum Hakim Syarie, Siti Rahmah Hussin menangguhkan prosiding tersebut pada 20 Jun ini.

Dalam masa sama, Muhammad Hafidz turut memfailkan sulh hadhanah bagi menuntut hak ke atas penjagaan anak yang akan disebut pada 12 Jun ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya