Landskap politik baharu lebih diterima berbanding gelombang parti tunggal - Utusan Malaysia

Landskap politik baharu lebih diterima berbanding gelombang parti tunggal

Lanskap baharu
MEGAT Zulkarnain Omar Din dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Pertama BN Selangor dekat Bangunan Muara di Shah Alam, Selangor, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Rakyat negeri ini dijangkakan lebih menerima gelombang landskap politik baharu berbanding momokan-momokan yang boleh menggugat kestabilan dan menimbulkan kebimbangan dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN).

Ini kerana gelombang parti tunggal tidak lagi relevan ketika ini apabila pengundi mula melangkah ke arah politik matang supaya kerajaan dapat dibentuk dengan stabil,memastikan kepentingan mereka dan kemajuan negara diutamakan.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Megat Zulkarnain Omar Din berkata, landskap politik baharu lebih diterima dan BN tidak mahu ketinggalan dalam memastikan parti itu berada dalam landasan perkembangan tersebut.

“Kematangan sebagai salah satu elemen dalam landskap politik baharu. Jadi, pastinya di Selangor ini kita tidak mahu ketinggalan, kerana kita melihatkan dalam apa jua keadaan sekali pun terutamanya BN kita ke arah untuk melakukan perubahan yang besar dari segi bentuk politik dan landskapnya dalam Selangor.

“Kedua, BN kita faham ia disebut sebagai satu service oriented party, memang kerja kita kebajikan, service adalah forte kepada UMNO dan BN. Jadi, pada saya, yalah… kadang-kadang tagline atau jenama itu hanya sesuai pada waktu dan ketika yang mana ia dilancar dan digunakan,” katanya ditemui selepas mempengerusikan Mesyuarat Pertama BN Selangor, hari ini.

Dalam sidang akhbar mesyuarat tersebut, beliau memaklumkan BN Selangor menjadi antara negeri terawal memanggil pertemuan rasmi di peringkat kepimpinan komponen dan Friends of BN (FOBN).

Pada masa sama, beliau turut mengumumkan Datuk Satim Diman dan Datuk Seri Tengku Zafrul Aziz kekal sebagai Setiausaha dan Bendahari BN negeri itu.

Terdahulu Utusan Malaysia melaporkan Pas negeri ini mengulangi keyakinannya yang didukungi keputusan Perikatan Nasional (PN) memperoleh 74 kerusi dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) untuk menghadapi PRN.

Keputusan yang disifatkan sebagai ‘gelombang hijau’ itu didakwa menjadi sandaran untuk menguasai kawasan-kawasan pengundi Melayu dalam PRN apabila PN dikatakan memperolehi sokongan sekitar 56 peratus daripada kumpulan itu.

Bagaimanapun, pimpinan Pakatan Harapan (PH) menyangkal dakwaan tersebut dengan menegaskan rakyat Selangor masih waras untuk memilih parti yang tidak melemparkan fitnah dan tohmahan mengarut.

Dalam pada itu, Megat Zulkarnain yang juga Ketua UMNO Bahagian Gombak menegaskan sokongan rakyat terhadap Kerajaan Perpaduan yang didukungi PH-BN tidak tergugat dengan isu-isu seperti pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), kenaikan OPR dan sebagainya.

Malah, beliau menegaskan, desakan dan tohmahan terhadap kerajaan terutama dalam media sosial dilakukan oleh pihak yang sama pernah menentang dasar-dasar sedemikian terhadap pemerintah sebelum ini.

“Benda ini dimainkan secara berterusan oleh orang yang pernah menolak untuk kerajaan melaksanakan bantuan-bantuan seperti kemudahan pengeluaran KWSP diberikan (pengeluaran seterusnya).

“Kemudian soal-soal permainan politik yang lebih matang, soal rundingan-rundingan yang mesti dijalankan dengan bentuk yang lebih profesional, ini semua akan kita buktikan bila sampai masanya dalam PRN.

“Saya dalam keadaan strategi yang saya gunakan, tak apa walaupun perlahan, tetapi keuntungan politik akan kita dapat,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya