Lagi kes buli di sekolah, 5 pelajar ditahan - Utusan Malaysia

Lagi kes buli di sekolah, 5 pelajar ditahan

KAMARUL RIZAL JENAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

BALIK PULAU: Polis menahan lima pelajar Tingkatan Lima bagi membantu siasatan kes buli yang didakwa berlaku di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dekat sini membabitkan seorang pelajar di tandas lelaki Blok B sekolah itu Jumaat lalu.

Difahamkan, dalam kejadian kira-kira pukul 11 malam itu, seorang pelajar Tingkatan Tiga dipukul selepas didakwa lambat turun untuk solat Subuh.

Mangsa dikatakan mengalami luka kecil pada bahagian badan ekoran dipukul menggunakan kaki serta tangan oleh kumpulan terbabit sebelum memaklumkan perkara itu kepada bapanya pada keesokan hari.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Kamarul Rizal Jenal mengesahkan menerima laporan dan tangkapan tersebut.

Beliau ketika dihubungi berkata, tangkapan dibuat pada hari sama selepas pihak polis menerima laporan daripada bapa mangsa.

“Bagaimanapun, kesemua pelajar berkenaan dibebaskan dengan jaminan polis selepas keterangan mereka direkodkan dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan iaitu merusuh.

“Selain itu, siasatan awal polis mendapati kelima-lima suspek terbabit telah membuli 14 mangsa lain pada tarikh sama dalam tempoh masa antara 11 hingga 12.30 tengah malam membabitkan tiga lokasi berbeza iaitu tandas, bilik beg dan bilik senior di blok B.

“Bagaimanapun, tiada laporan dibuat oleh mangsa lain setakat ini,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya