KPM tidak pernah keluar arahan anjur tayangan filem - Utusan Malaysia

KPM tidak pernah keluar arahan anjur tayangan filem

TANGKAP layar surat arahan penganjuran program tayangan filem The Untold Story: Anwar Ibrahim.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tidak pernah mengeluarkan sebarang arahan penganjuran tayangan filem seperti yang tular dalam media sosial.

KPM menerusi hantaran di Facebook hari ini berkata, pihaknya mahu orang ramai menyemak dahulu kesahihan maklumat dan tidak berkongsi jika tidak pasti mengenainya.

Sebelum ini, tular satu kandungan surat ditandatangani Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Pkharuddin Ghazali yang menyatakan arahan kepada semua Ketua Bahagian dan Pengarah Pendidikan Negeri.

Surat itu menyatakan arahan supaya pihak sekolah menganjurkan program tayangan filem ‘The Untold Story: Anwar Ibrahim’ bersama warga pendidik dan murid sekolah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN