KPM serah polis siasat unsur gangsterism di sekolah - Utusan Malaysia

KPM serah polis siasat unsur gangsterism di sekolah

LIM Hui Ying beramah-mesra dengan tetamu yang hadir pada Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Ahli Parlimen Tanjong, di Jalan Burma, George Town, Pulau Pinang hari ini. - Pic: IQBAL HAMDAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

GEORGE TOWN: Kementerian Pendidikan (KPM) akan meminta polis menjalankan siasatan ke atas mana-mana sekolah yang didapati berlaku unsur gangsterism dalam kalangan pelajar di sekolah berkenaan.

Timbalan Menterinya, Lim Hui Ying berkata, ini kerana KPM tidak mahu sebarang anasir-anasir luar yang tidak sepatutnya memasuki sekolah, malah pihaknya juga tidak akan berkompromi dengan mana-mana kes buli melibatkan pelajar.

”Kes buli memang ada di sekolah cuma sama ada ia serius atau tidak, namun melalui media sosial ia lebih cepat tersebar, tetapi kita mesti lihat masalah ini dengan fakta.

“Sekiranya ada kes-kes (buli atau gangsterism) yang berlaku dengan tidak terkawal, kita akan minta Bukit Aman (polis) untuk masuk campur,” katanya selepas menghadiri Rumah Terbuka Parlimen Tanjong, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai video tular membabitkan kes buli di antara pelajar yang didakwa berlaku di sebuah sekolah menengah di Butterworth di sini.

Mengulas lanjut, Hui Ying berkata, KPM juga akan memohon pegawai perhubungan polis supaya memantau dan melakukan rondaan lebih kerap di sekolah yang mempunyai rekod kes buli agar isu tersebut dapat dibendung.

Dalam pada itu, mengulas mengenai video kes buli terbabit, Hui Ying yang juga Ahli Parlimen Tanjong berkata, KPM menyerahkan kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan terhadap kes itu yang tular di media sosial sejak semalam.

“KPM juga telah meminta pihak sekolah untuk menjalankan siasatan dalaman berhubung kes berkenaan.

”Sekolah akan menyiasat mereka yang terlibat dan beri bimbingan kepada mangsa, mereka yang terlibat akan dikenakan tindakan displin.

”KPM tidak akan ulas lanjut kerana masih menunggu siasatan kes ini daripada pihak polis dan pihak sekolah juga akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis,” katanya.

Dalam pada itu, Hui Ying berkata, beliau berharap pihak sekolah dengan bantuan polis dapat menjadikan sekolah sebagai tempat selamat kepada para pelajar.

“Ibu bapa juga perlu memainkan penting untuk memantau aktiviti anak-anak di luar sekolah untuk memastikan anak-anak mereka selamat di sekolah dan di luar rumah,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya