KKM nafi ambil jururawat luar

KKM nafi ambil jururawat luar

DR. ZALIHA MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Menteri Kesihatan menafikan kementeriannya ingin membawa masuk jururawat daripada luar negara bagi memenuhi keperluan di dalam Malaysia.

Sebaliknya, Dr. Zaliha Mustafa berkata, Kementerian Kesihatan (KKM) kini sedang memperhalusi keperluan petugas kesihatan di setiap peringkat.

“Saya ingin menjelaskan bahawa kami di KKM sedang memperhalusi setiap keperluan petugas kesihatan dan bukannya mempertimbangkan untuk mengambil jururawat luar negara,” ciapnya melalui laman Twitter.

Terdahulu, sebuah media melaporkan, KKM sedang pertimbang ambil jururawat asing bagi memenuhi keperluan di hospital swasta.

Mengulas lanjut, Zaliha yang juga Ahli Parlimen Sekijang itu berkata, kerajaan sentiasa mengutamakan jururawat tempatan yang sudah meluangkan masa demi kesihatan rakyat.

“Kerajaan sentiasa menghargai dan memberikan sokongan kepada jururawat tempatan yang berkorban masa serta tenaga demi menjaga kesihatan rakyat Malaysia,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya