KKM kemuka 2,000 permohonan serap jururawat kontrak - Utusan Malaysia

KKM kemuka 2,000 permohonan serap jururawat kontrak

Jururawat kontrak
LUKANISMAN Awang Sauni (tengah) bergambar bersama jururawat pada Majlis Perasmian Hari Jururawat Antarabangsa Peringkat Kebangsaan 2023 dekat Pusat Konvensyen Setia City di Shah Alam, Selangor, hari ini. - UTUSAN / SADDAM YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Kementerian Kesihatan (KKM) mengemukakan sebanyak 2,000 permohonan jururawat lantikan kontrak untuk diserap ke jawatan tetap tahun ini selain keperluan untuk menambah bilangan sedia ada yang mencecah 165,000 orang ketika ini.

Timbalan Menterinya, Lukanisman Awang Sauni berkata, kesemua permohonan melibatkan jururawat di seluruh negara itu diserahkan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi kelulusan lanjut.

“Keadaan itu mengambil kira faktor  pembinaan banyak fasiliti kesihatan baharu termasuk di kawasan pedalaman. Justeru, kita memohon kepada JPA mengenai tambahan jururawat kontrak untuk diserap ke jawatan tetap,” katanya selepas merasmikan Hari Jururawat Antarabangsa 2023 di Pusat Konvensyen Setia City (SCCC), Setia Alam di sini, hari ini. 

Program itu disertai lebih 2,000 jururawat dari seluruh negara September tahun lalu, media melaporkan seramai 1,136 daripada Gred U29 Kontrak dari Institut Latihan KKM dan 2,804 swasta yang dilantik secara kontrak bagi menyokong perkhidmatan kesihatan terutama ketika pandemik Covid-19 akan diserap ke jawatan tetap.

Pelantikan tetap bagi menambah baik jaminan kerjaya kakitangan dan meningkatkan kualiti perkhidmatan itu akan dibuat secara berfasa dalam tempoh suku keempat tahun lalu dan suku pertama tahun ini.

Jelas Lukanisman, permohonan perjawatan tetap itu bagaimanapun bergantung sepenuhnya kepada keputusan dan jawapan JPA.

“Pengambilan jururawat kontrak telah KKM pertimbangkan untuk diserap secara berfasa sekiranya rayuan penambahan itu diluluskan.

“Kita sememangnya sedang melakukan proses pemetaan bagi mengoptimumkan khidmat kakitangan sama ada doktor, jururawat dan pegawai perubatan,” ujarnya.

Tambah beliau, tugas profesion itu sememangnya perlu penambahbaikan berterusan termasuk melibatkan isu perjawatan selepas pandemik Covid-19. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya