Ketibaan jenazah Awang Askandar disambut abangnya

Ketibaan jenazah Awang Askandar disambut abangnya

-JENAZAH Awang Askandar Ampuan Yaacub tiba di pekarangan MAS Kargo
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Ketibaan jenazah Awang Askandar Ampuan Yaacub,56, tiba di pekarangan MAS Kargo pada pukul 2.20 petang tadi.

Ketibaan jenazah disambut oleh abangnya, Awang Asim Ampuan Yaacub,57, sebagai satu-satunya wakil keluarga.

AWANG Asim Ampuan Askandar mengiringi jenazah Awang Askandar yang tiba di MAS Kargo, Kota Kinabalu hari ini

“Hanya saya seorang mewakili keluarga berada di sini. Isteri dan anak-anak Allahyarham berada di rumah.

“Kami bersedih atas pemergian Awang Askandar,” katanya ringkas ketika ditemui di pekarangan MAS Kargo, hari ini.

Turut hadir menyambut ketibaan jenazah adalah Timbalan Menteri Luar, Datuk Mohamad Alamin; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas) Datuk Armizan Mohd Ali; bekas Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawang, Datuk Ghulam Haidar Khan.

Jenazah Awang Askandar diusung masuk ke dalam van oleh pasukan pengusung APM yang tiba di pekarangan MAS Kargo seawal 1 petang.

Jenazah dibawa pulang ke kampung halamannya di Kampung Benoni, Papar untuk penghormatan terakhir oleh keluarga terdekat serta pengurusan tertinggi Angkatan Pertahanan Awam (APM).

Jenazah yang merupakan Pengarah APM Kedah akan disembahyangkan di Masjid Jamek As Salam, Kampung Benoni dan dikebumikan bersebelahan dengan pusara ibunya di Tanah Perkuburan Islam Kampung Benoni.

Allahyarham Awang Askandar merupakan salah seorang peserta Malaysia Everest 2023 (ME 2023) dan beliau dilaporkan maut akibat terjatuh pada 19 Mei lalu semasa berada pada ketinggian 8,000 meter dari aras laut iaitu hanya 20 minit sebelum sampai ke puncak Everest.

Selain itu, seorang lagi rakan pendaki Allahyarham Awang Askandar iaitu Muhammad Hawari Hashim,33, dilaporkan hilang selepas berjaya menawan puncak Everest. –utusan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya