Kerta Putih Kesihatan dibentang ke Kabinet minggu depan

Kertas Putih Kesihatan dibentang ke Kabinet minggu depan

DR. ZALIHA MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kertas Putih Kesihatan yang merupakan satu pelan reformasi sistem kesihatan di negara ini akan dibentangkan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri pada minggu depan.

Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa berkata, dokumen itu kemudian seterusnya dibentangkan dalam sesi Dewan Rakyat.

“Kertas ini kena bentang di Kabinet, baru boleh bawa ke Parlimen,” katanya selepas merasmikan Persidangan dan Pameran Penjagaan Kesihatan Antarabangsa anjuran Persatuan Hospital Swasta Malaysia (APHM) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur hari ini.

Kertas Putih Kesihatan adalah usaha kerajaan untuk pembaharuan dalam sistem perbelanjaan pembiayaan kesihatan dalam mewujudkan sistem kesihatan terbaik antara fokus dalam dokumen itu.

Penubuhan Suruhanjaya Perkhidmatan Kesihatan antara cadangan yang dibangkitkan melalui Kertas Putih kesihatan dalam menaik taraf pentadbiran sistem kesihatan negara.

Dalam pada itu, Dr. Zalina berkata, kementeriannya sedang mempertimbang keperluan mengambil jururawat dari luar negara bagi memenuhi keperluan hospital swasta ekoran mengalami masalah kekurangan jururawat.

Jelas beliau, pihaknya sedang memperhalusi dibangkitkan APHM dan mengadakan lebih banyak libat urus dengan sektor berkenaan.

“Memang perkara itu dalam maklumat kementerian. Kita sedang memperhalusi perkara itu dan melihat bagaimana kita boleh lakukan untuk bantu sektor swasta memenuhi keperluan mereka.

“Kita kena buat libat urus bukan sekali, tetapi beberapa kali untuk melihat beberapa perkara membabitkan pengambilan atau keperluan jururawat dari luar untuk membantu sektor swasta meningkatkan perkhidmatan mereka,” katanya

Terdahulu, Presiden APHM, Datuk Dr Kuljit Singh berkata, hospital swasta mengalami isu kekurangan jururawat yang serius walaupun menerima permintaan tinggi dan menjelaskan pengambilan jururawat luar akan membolehkan mereka menampung lebih ramai pesakit, sekali gus membantu kerajaan.

Menurutnya, tinjauan dibuat APHM pada November 2022 hasil maklum balas daripada 103 hospital, diperlukan kira-kira 9,224 jururawat tambahan pada tahun ini hingga 2025.

“Hospital swasta berminat mengambil jururawat yang mendapat latihan di luar negara dan kita sudah membincangkan perkara ini dengan Bahagian Kejururawatan Kementerian Kesihatan dan meminta pengecualian kepada Klausa 5 garis panduan mengenai pengambilan jururawat asing.

“Kami hanya meminta dua hingga tiga tahun untuk mengisi kekosongan sebelum sekolah kejururawatan tempatan dapat memenuhi permintaan,” katanya. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya