Kerajaan Perpaduan digesa segerakan tuntutan perkara MA63  

Kerajaan Perpaduan digesa segerakan tuntutan perkara MA63  

Abdul Taib Mahmud (tengah) dipimpin masuk tiba ke Persidangan Mesyuarat Pertama bagi penggal kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak yang kesembilan di Kuching, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING: Kerajaan Perpaduan digesa menyegerakan tuntutan Sarawak selaras dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63). 

Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud menjelaskan, perkara tersebut juga perlu disegera berdasarkan laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC), Perlembagaan Sarawak dan Perlembagaan Persekutuan. 

“Saya juga berharap Kerajaan Persekutuan terus melaksana pembangunan di Sarawak untuk meningkatkan mutu perkhidmatan kesihatan dan pendidikan, membangun infrastruktur asas, menjaga kebajikan Sarawak dan meningkatkan tahap keselamatan khususnya kawasan sempadan.

“Banyak inisiatif pembangunan strategik seperti ekonomi digital telah melonjakkan ekonomi Sarawak,” katanya dalam ucapannya pada persidangan hari pertama mesyuarat pertama bagi penggal kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak yang kesembilan di sini hari ini.

Abdul Taib berkata, Sarawak mengamalkan ekonomi terbuka sekaligus memberi banyak peluang perniagaan dan pekerjaan berkualiti disediakan. 

“Justeru itu, saya menyeru agar rakyat terutama golongan muda di negeri ini meningkatkan ilmu dan kemahiran mereka. 

“Ini penting untuk meningkatkan daya saing pada masa yang sama, kita perlu merebut peluang ini. Ia juga penting bagi meningkatkan pendapatan dan taraf hidup,” tambahnya. 

Tegasnya lagi, strategi Kerajaan Sarawak dalam menerokai ekonomi baru mampu meningkatkan ekonomi dan hasil Sarawak.

“Syabas kepada Kerajaan Sarawak kerana ekonomi baru berasaskan teknologi hijau telah menarik banyak pelaburan ke Sarawak, usaha ini membantu menjaga dan memelihara alam sekitar.

“Perniagaan karbon dan penyelidikan oleh Pusat Kepelbagaian Biologi Sarawak (SBC) telah menghasilkan sumber ekonomi baru yang akan menggandakan bukan sahaja pendapatan Sarawak, tetapi bakat anak-anak Sarawak khusus dalam bidang perkhidmatan dan kesihatan.

“Selain usaha dalam meningkatkan pengeluaran makanan tempatan juga akan menjadikan Sarawak pengeksport makanan utama sekaligus dapat membantu meningkatkan pendapatan golongan petani,” tambah beliau. –UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya