Kemalangan di Perlis musim perayaan turun 42 peratus - Utusan Malaysia

Kemalangan di Perlis musim perayaan turun 42 peratus

PERATUSAN kemalangan di Perlis sempena musim perayaan Aidilfitri tahun ini menurun sehingga 42 peratus dengan hanya mencatatkan dua kematian.-UTUSAN/MOHD. HAFIZ ABD. MUTALIB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Peratusan kemalangan di Perlis sempena musim perayaan Aidilfitri tahun ini menurun sehingga 42 peratus dengan hanya mencatatkan dua kematian.

Sepanjang tempoh lapan hari Op Selamat dari 20 sehingga 27 April lalu, sebanyak 59 kemalangan direkodkan berbanding tahun lalu iaitu 84 kes.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ketua Polis negeri, Datuk Surina Saad memberitahu, pada hari pertama op berkenaan, sebanyak tujuh kes kemalangan direkodkan manakalan hari kedua dan ketiga membabitkan 16 kes kemalangan.

Katanya, pada hari keempat, merekodkan 12 kemalangan dan satu kes kematian manakala hari kelima sebanyak lapan kes kemalangan juga dengan melibatkan satu kes kematian.

“Hari keenam sehingga kelapan masing-masing merekodkan lima, lapan dan tiga kes kemalangan tanpa melibatkan kematian.

“Kedua-dua kes kemalangan maut adalah terbabas sendiri dan melanggar pokok. Tahun ini, peratusan kemalangan turun sehingga 42 peratus,” katanya.

Tambah Surina, kebanyakkan kemalangan melibatkan kereta di jalan negeri dan bandaran.

Dalam pada itu, katanya, pada tahun lalu, sebanyak 84 kemalangan direkodkan membabitkan lima kematian.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya