Kejohanan Lumba Basikal Polis; Beberapa jalan di Timur Laut, Barat Daya ditutup, lencong - Utusan Malaysia

Kejohanan Lumba Basikal Polis; Beberapa jalan di Timur Laut, Barat Daya ditutup, lencong

SOFFIAN Santong dalam sidang akhbar mengenai penutupan jalan sempena Kejohanan Lumba Basikal Piala Ketua Polis Negara 2023 di IPD Timur Laut, George Town, Pulau Pinang hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

GEORGE TOWN: Beberapa jalan di sekitar daerah Timur Laut dan Barat Daya di sini akan ditutup dan dilencongkan secara berperingkat pada Sabtu dan Ahad ini bagi memberi laluan kepada Kejohanan Lumba Basikal Piala Ketua Polis Negara 2023.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Assisten Komisioner Soffian Santong berkata, kejohanan itu yang akan diadakan pada 1 hingga 4 Jun ini melibatkan sebanyak 17 pasukan dan disertai seramai 204 peserta dari Kontinjen dan Formasi Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Menurut beliau, tiga acara berasingan akan dipertandingkan iaitu acara lebuh raya (3 Jun) ujian masa dan kriterium (4 Jun) yang ia akan dijalankan di daerah Timur Laut dan Barat Daya.

Menurutnya, antara jalan- jalan yang terlibat sepanjang kejohanan di daerah Timur Laut ialah Padang Kota Lama (permulaan dan penamat); Lebuh Light; Jalan Masjid Kapitan Keling; Lebuh Farquhar; Jalan Sultan Ahmad Shah; Jalan Larut; Jalan Burma; Jalan Pangkor dan Jalan Kelawai.

”Turut terlibat ialah Tanjong Tokong; Jalan Batu Feringghi; Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu; Jalan Pengkalan Weld; Jalan Tun Syed Syeh Barakbah.

”Bagi daerah Barat Daya, antara jalan terlibat ialah Jalan Teluk Bahang; Jalan Sungai Rusa; Jalan Baru; Jalan Kampung Terang; Jalan Balik Pulau; Jalan Teluk Kumbar; Jalan Permatang Pasir dan Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu,” katanya.

Katanya, pada 3 dan 4 Jun bermula pukul 12 tengah malam, penutupan penuh Jalan Padang Kota Lama akan dilakukan untuk kerja pemasangan persediaan kejohanan.

”Pada kejohanan 3 Jun, untuk acara lebuh raya jalan yang akan ditutup penuh ialah Jalan Padang Kota Lama dan Jalan Tun Syed Barakhbah bermula pukul 12 tengah malam hingga 12 tengah hari.

“Selepas tamat acara lebuh raya, Jalan Tun Syed Barakbah akan dibuka semula kepada pengguna jalan raya,” katanya.

Tambahnya, pada 4 Jun pula akan berlangsung dua acara iaitu acara ujian masa dan kriterium.

”Bagi acara ujian masa, peserta akan dilepaskan bermula pukul 6.30 pagi dan dijangka tamat 9 pagi, penutupan penuh di sekitar Padang Kota Lama melibatkan Jalan Lebuh Light, Jalan Padang Kota Lama dan Jalan Tun Syed Syeh Barakbah.

”Acara kriterium akan berlangsung selepas selesai acara ujian masa,” katanya.

Soffian berkata, pengguna jalan raya dinasihatkan supaya sentiasa mematuhi peraturan dan arahan petugas lalu lintas sepanjang penutupan dan lencongan jalan dilaksanakan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya