Kebakaran Mid Valley: TNB berjaya pulihkan bekalan elektrik

Kebakaran Mid Valley: TNB berjaya pulihkan bekalan elektrik sepenuhnya

mid valley
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tenaga Nasional Berhad (TNB) berjaya memulihkan bekalan kepada sebahagian besar pengguna seawal empat minit gangguan berlaku pada kejadian kebakaran Pencawang Masuk Utama (PMU) Mid Valley pagi ini. Bekalan dipulihkan sepenuhnya sekitar pukul 12:30 tengah hari.

Tindakan pantas Pasukan Teknikal TNB telah dapat memulihkan bekalan elektrik seawal pukul 10:55 pagi. Bekalan elektrik dipulihkan secara berperingkat dengan majoriti kawasan terlibat mendapat bekalan masing-masing dalam tempoh satu setengah jam.

Menurut Ketua Pegawai Grid, Ir. Dev Anandan, pemeriksaan TNB mendapati PMU tersebut terpelantik pada pukul10:27 pagi dan bekalan terputus mulai pukul 10:51 pagi.

Gangguan bekalan itu melibatkan kawasan terhad sekitar Mid Valley dan sebahagian Desa Pantai.

Untuk makluman katanya, sistem pengangkutan di KL Sentral tidak terjejas kerana mendapat punca bekalan yang berbeza.

“TNB mengucapkan terima kasih kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat atas bantuan memadamkan kebakaran tersebut. Kami memohon maaf atas segala kesulitan yang dialami oleh pengguna terlibat.” katanya lagi.

Untuk sebarang pertanyaan mengenai gangguan bekalan, pengguna boleh menghubungi talian TNB Careline di 15454. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN