SANDAKAN: Seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun yang hilang dipercayai dibaham buaya ditemukan maut di perairan Pulau Sumangat Payau semalam.
Mangsa difahamkan sedang mencari siput sebelum dilaporkan hilang pada petang semalam. Namun, kehilangan mangsa hanya dilaporkan pada pagi semalam.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan, Severinus Sainkui berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 8.25 pagi tadi bagi mencari mangsa hilang dipercayai dibaham buaya di perairan Pulau Sumangat Payau.
“Semasa pasukan bomba bergegas ke lokasi kejadian bagi mendapatkan maklumat dan menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR), pihaknya dimaklumkan mayat mangsa telah ditemukan.
“Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menemukan mayat mangsa pada pukul 10.38 pagi iaitu pada jarak satu batu nautika dari lokasi terakhir mangsa dilaporkan hilang,” katanya.-utusan










