Kalimah ‘Allah’: PDRM serahkan penyelesaian kepada kerajaan   - Utusan Malaysia

Kalimah ‘Allah’: PDRM serahkan penyelesaian kepada kerajaan  

ACRYL SANI ABDULLAH SANI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyerahkan kepada kerajaan berhubung penyelesaian isu kalimah ‘Allah’ yang tercetus baru-baru ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, pihaknya sudah menjalankan siasatan berhubung perkara berkenaan dan menyerahkan kepada kerajaan untuk tindakan seterusnya.

“Kita serah kepada pihak kerajaan untuk menyelesaikan perkara ini kerana saya percaya akan ada satu taklimat kepada Majlis Raja-Raja mengenainya.

“Saya percaya isu terbabit sudah pun diselesaikan dengan baik dan saya rasa eloklah kita selesai di situ (Majlis Raja-Raja) dan tidak ada lagi isu yang timbul,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Hi-Tea Bersama Media di Bukit Aman di sini, hari ini.

Terdahulu, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Kabinet akan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah untuk mempersembah cadangan bagi mengukuhkan penguatkuasaan dasar berhubung kalimah ‘Allah’ kepada Majlis Raja-Raja.

Perdana Menteri dalam kenyataan berkata, ia bagi menyelesaikan isu kalimah ‘Allah’ secara menyeluruh dan bersepadu.

Tambahnya, Mesyuarat Jemaah Menteri juga membincangkan mengenai keputusan Peguam Negara untuk menarik balik rayuan terhadap kes seorang wanita beragama Kristian, Jill Ireland Lawrence Bill berhubung bahan penerbitan yang mengandungi kalimah ‘Allah’. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN