Kaji semula kriteria penerima DKD - David Teo - Utusan Malaysia

Kaji semula kriteria penerima DKD – David Teo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penerbit, Datuk David Teo mencadangkan kepada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) agar mengkaji semula kriteria pemilihan penerima Dana Kandungan Digital (DKD).

Katanya, langkah itu perlu bagi mengelakkan isu penyelewangan dan salah guna dana tersebut, berulang.

“Prosedur pemberian sudah betul, cuma kriteria pemilihan penerima perlu ditambah baik.

“Penerima perlu dipilih dalam kalangan yang betul-betul berpengalaman, bukan sahaja pandai buat filem, tetapi juga arif menguruskan produksi.

“Kalau boleh elakkan mereka yang baru nak jadi pengarah atau yang bukan penggiat filem, tapi mohon dana sebab dapat projek buat filem,” katanya kepada Utusan Malaysia.

David mengulas isu penyelewengan dan salah guna membabitkan dana filem RM20 juta yang didedahkan Finas, April lalu.

Mengulas lanjut, David berpandangan penerima perlu mempunyai ilmu dalam menguruskan kesemua hal dalam pembikinan filem, sebelum layak dipilih sebagai penerima dana berkenaan.

“Kena ada pengalaman A to Z dalam menghasilkan filem, termasuk jaga kewangan, teknikal, post produksi, pemasaran, promosi dan sebagainya,” sambungnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.