Jumpa semula guru selepas 51 tahun - Utusan Malaysia

Jumpa semula guru selepas 51 tahun

RAZAK Daud (kanan) bersama bekas guru Pendidikan Islam, Aisah Sheikh Ali di dewan Majlis Daerah Jerantut di Jerantut, Pahang. - UTUSAN/HARIS FADILAH AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JERANTUT: Ketua Peneroka Felda Jengka 24, Razak Daud terharu apabila dapat bertemu semula bekas guru yang pernah mengajarnya 51 tahun lalu di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pulau Tawar, Jerantut.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Razak, 63, berkata, dia tergamam apabila bersua muka de­ngan Aisah Sheikh Ali, 72, dalam satu majlis di Dewan Utama, Majlis Daerah Jerantut baru-baru ini.

“Saya terkejut apabila bertemu guru yang pernah mengajar mata pelajaran Pendidikan Islam yang juga seorang warden asrama puteri sekolah antara 1972 hingga 1974.

“Selama ini saya tidak menyangka Cikgu Aisah yang berasal dari Segamat, Johor sudah menetap di Pulau Tawar. Rupa-rupanya beliau berumah tangga dengan orang tempatan dan berkeluarga di sini,” katanya di sini semalam.

Razak yang dilahirkan di Kampung Gintong pesisir Sungai Pahang di sini berkata, dia gembira dan bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana bertemu guru yang masih sihat dan wajah tidak berubah seperti 51 tahun lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya