Joshua, Xin Yao kekal pendahulu hari kedua

Josiah, Xin Yao kekal pendahulu hari kedua Kejohanan Remaja Saujana-100PLUS

JOSHUA Edwards ketika melakukan tee off hari kedua Kejohanan Remaja Saujana-100PLUS di Saujana Golf & Country Club, Subang, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUBANG: Biarpun gagal mengekalkan rentak cemerlang pada hari kedua, namun Josiah Edwards, 16, masih mendahului 72 peserta Kejohanan Remaja Saujana-100PLUS di Saujana Golf & Country Club, Subang, hari ini.

Hari ini, pemain remaja dari Australia itu hanya mampu melakar 75 pukulan tiga di atas untuk mengumpul 146 pukulan keseluruhan dua hari kejohanan.

NATHAN WONG

Mengikuti rapat Josiah ialah Nathan Wong yang menyamai catatan Josiah hari kedua iaitu 75 pukulan tiga di atas par. Hari pertama semalam dia bermain dua di atas par 74 pukulan. Nathan Wong ketinggalan tiga pukulan di belakang Josiah apabila mengumpul 149 pukulan keseluruhan.

Berkongsi di kedudukan ketiga ialah pemain remaja negara, Nor Haqeim Hadi dan pemain dari Jepun, Daichi Hayashi selepas masing-masing terikat dengan 150 pukulan keseluruhan. Nor Haqiem hari ini membenam 76 pukulan empat di atas par, lebih dua pukulan berbanding semalam.

Sementara itu, bagi kategori Wanita, pendahulu hari pertama, Wang Xin Yao, 16, turut kekal di tangga teratas walaupun hari ini dia gagal mempamerkan permainan yang konsisten seperti semalam.

Xin Yao terpaksa akur apabila hanya mampu mencatat 75 pukulan tiga di atas par untuk mengumpul 146 pukulan keseluruhan.

Berada di posisi kedua ialah Yan Yinuo yang tampil dengan aksi cemerlang hari ini untuk mencatat 72 pukulan selepas agak kecewa semalam dengan catatan 78 pukulan enam di atas par. Yan Yinuo mengumpul 150 pukulan keseluruhan, ketinggalan empat pukulan di belakang Xin Yao.

Seramai tiga pemain terikat di kedudukan ketiga selepas masing-masing mengumpul 151 pukulan keseluruhan. Mereka ialah Aarthi Ganesan, Tan Ying Ying dan Amanda Gan.

Kejohanan Remaja Saujana-100PLUS yang berlangsung selama tiga hari bermula hari ini disertai 96 pemain (72 lelaki dan 24 wanita) termasuk dari Australia, Korea dan Jepun. – UTUSAN

KEPUTUSAN 

LELAKI

146 Josiah Edwards (71-75)

149 Nathan Wong (74-75)

150 Daichi Hayashi (75-75), Nor Haqeim Hadi (74-76)

151 Wan Hasnul Daniel (75-76)

153 Muhd Izzul Irfan (81-72), Joshua Lim (76-77), Austin Gan (76-77), Kim Beom Gyu (76-77)

155 Park Gundo (76-79), Wan Muhammad Danial Hafiz (75-80)

157 Ammer Aiman Mohd Fauzi (77-80)

159 Sacchidanandh Suntharam (81-78), Muhd. Adlan (81-78), Eidan Jamzidi (78-81), Muhd. Danial Nazari (76-83)

WANITA

146 Wang Xin Yao (71-75)

150 Yan Yinuo (78-72)

151 Aarthi Ganesan (78-73), Tan Ying Ying (77-74), Amanda Gan (76-75)

153 Kelly Low (79-74), Vanessa Chong (76-77)

154 Alya Afza Hazari (80-74)

155 Nur Batrisyia Balqis (79-76)

158 Ngo Yi Belle (77-81)

159 Natalie Jan Van Dort (81-78)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya