Joshua, Xin Yao dahului hari pertama Junior 100PLUS-Saujana

Joshua, Xin Yao dahului hari pertama Kejohanan Remaja Saujana-100PLUS

AUSSIE Joshua Edwards (dua dari kanan) bergambar sebelum melakukan tee off hari pertama Kejohanan Remaja Saujana-100PLUS di lubang satu lapangan Bunga Raya, Saujana Golf & Country Club, Subang, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUBANG: Pemain golf remaja dari Australia, Aussie Joshua Edwards muncul pendahulu hari pertama Kejohanan Remaja Saujana-100PLUS yang berlangsung di Saujana Golf & Country Club, Subang, hari ini.

Pemain berusia 16 tahun itu mendahului tiga pukulan di hadapan mengatasi pemain golf remaja negara, Nor Haqeim Nor Hadi dan Nathan Wong bagi kategori lelaki.

Nor Haqiem dan Nathan kini terikat di kedudukan kedua selepas masing-masing mencatat 74 pukulan, dua di atas par.

AUSTIN Gan mencatatkan 76 pukulan empat di atas par pada hari pertama kejohanan.

Joshua yang memiliki kekuatan pukulan tee off mencatat satu eagle dan dua birdie sebelum merekod 71 pukulan, satu bawah par di lapangan Bunga Raya.

“Saya tee off di lubang pertama menggunakan dua iron, begitu juga dengan pukulan kedua, dan pukulan ketiga (chipped) dari jarak enam kaki terus masuk lubang untuk eagle.

“Bagaimanapun, saya membuat kesilapan di lubang 15 par 3 selepas melakukan tiga putt dari jarak 10 kaki,” ujarnya.

Sementara itu, Xin Yao, 16, turut mencatat 71 pukulan satu di bawah par untuk tempat pertama meninggalkan Vanessa Chong dan Amanda Gan dengan kelebihan lima pukulan bagi kategori wanita.

Vanessa dan Amanda terikat pada kedudukan kedua selepas masing-masing mencatat 76 pukulan, empat di atas par.

Xin Yao yang muncul juara pada kejohanan Terbuka Amatur Johor tahun lalu berkata, hari kedua kejohanan esok diharap dia mampu melakukannya lebih baik.

Kejohanan Remaja Saujana-100PLUS yang berlangsung selama tiga hari bermula hari ini disertai 96 pemain (72 lelaki dan 24 wanita) termasuk dari Australia, Korea dan Jepun. – UTUSAN

KEPUTUSAN

LELAKI

71 Joshua Edwards (AUS)

74 Nor Haqeim Nor Hadi, Nathan Wong

75 Wan Hasnul Daniel, Daichi Hayashi (JPN), Wan Muhd. Danial Hafiz

76 Park Gundo (KOR), Kim Beom Gyu (KOR), Joshua Lim, Austin Gan, Muhd. Danial Nazari

77 Ammer Aiman Mohd Fauzi

78 Lim Hao Yu, Muhd. Ajmal Amin, Chan Jun Han, Eidan Jamzidi

79 Ng Jian Xi, Jayden Ng

WANITA

71 Wang Xin Yao

76 Vanessa Chong, Amanda Gan,

77 Tan Ying Ying, Ngo Yi Belle

78 Yan Yinuo, Aarthi Ganesan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.