Johan As'ari harap kahwin tahun ini - Utusan Malaysia

Johan As’ari harap kahwin tahun ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Lima tahun menjalinkan hubungan istimewa dengan seorang wanita yang diperkenalkan sebagai N, pelakon, Johan As’ari mensasarkan untuk menamatkan zaman bujangnya tahun ini.

Kata pelakon filem Tujuh Dua Belas itu, meskipun belum menetapkan sebarang tarikh, perancangan dan perbincangan untuk mendirikan rumah tangga sedang giat dilakukan bersama suri pilihan hatinya.

“Target tahun ini. Saya akan war-warkan tarikh kalau jadi. Persiapan hampir 90 peratus. Pilihan hati sudah ada.

“Perbincangan dengan orang-orang tertentu juga sudah dibuat. Yang nak taja baju perkahwinan pun sudah ada. Memang sudah nampak ke arah itu (berkahwin),” katanya.

Johan berkata demikian ketika ditemui pada Malam Gala dan Sidang Media Filem Tujuh Dua Belas di Starling Mall, dekat sini semalam.

Johan sebelum ini pernah mendedahkan merancang untuk mengahwini seorang usahawan hartanah yang dikenalinya sejak lima tahun lalu.

Pelakon tersebut bagaimanapun belum mendedahkan identiti wanita berusia 39 tahun yang kini menetap di Perlis itu.

Mengulas tentang hubungan jarak jauh yang dijalinkan bersama wanita berkenaan, kata Johan perkara itu bukan penghalang untuk hubungan dia dan pasangan melangkah ke fasa seterusnya.

“Sudah lima tahun kami menjalinkan hubungan jarak jauh. Alhamdulillah, ia boleh dibuat. Kuncinya ambil berat, tapi jangan beratkan semua perkara.

“Dia memberi sokongan, semangat dan kekuatan. Ada masa saya tak bersemangat untuk muncul live di TikTok, dia yang beri saya semangat.

“Begitu juga dalam pertandingan nyanyian yang saya sertai, dia yang banyak menyokong saya,” kongsi Johan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN