JKSB sumbang RM20,000 sedia landskap di Kompleks Darul Hanan - Utusan Malaysia

JKSB sumbang RM20,000 sedia landskap di Kompleks Darul Hanan

ABD. RAZAK Abd. Rahman menyantuni penghuni sempena Majlis Meraikan Syawal Bersama Warga Emas di Kompleks Darul Hanan di Kepala Batas, Pulau Pinang hari ini. - Pix: SITI NUR MAS ERAH AMRAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

KEPALA BATAS: Jambatan Kedua Sdn. Bhd. (JKSB) menyumbangkan dekorasi landskap bagi Taman Terapi bernilai RM20,000 khusus buat kegunaan penghuni Kompleks Darul Hanan di sini.

Ketua Kewangan JKSB, Abd. Razak Abd. Rahman berkata, sumbangan terbabit bakal memberi suasana baharu kepada warga emas yang mahu bersiar-siar mahupun beriadah di pusat berkenaan.

“Seperti tahun-tahun terdahulu, kita sering menjalankan program bantuan menerusi sumbangan barangan keperluan kepada pertubuhan atau rumah jagaan sekitar negeri ini.

“Kali ini kita berbesar hati menyumbang dana lebih RM20,000 untuk merealisasikan Taman Terapi di sini yang mana projek ini dijangka bermula bulan hadapan dan akan siap sepenuhnya menjelang pertengahan Julai nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Meraikan Syawal Bersama Warga Emas di Kompleks Darul Hanan, di sini hari ini.

Yang hadir sama, Pengerusi Badan Kebajikan Rumah Warga Emas Kompleks Darul Hanan, Datuk Dr. Roslan Ahmad dan Datuk Sazali Hussein serta lebih 30 sukarelawan yang juga kakitangan JKSB.

Mengulas lanjut, Abd. Razak berkata, pihaknya sentiasa komited dalam melaksanakan inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) termasuk memfokuskan usaha memelihara dan memulihara alam sekitar.

“Selain itu, kita mahu terus membantu dalam memberkasakan ilmu pengetahuan serta pembangunan keharmonian komuniti,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.