Jika benar kahwin, saya akan beritahu semua orang - Dini Schatzmann - Utusan Malaysia

Jika benar kahwin, saya akan beritahu semua orang – Dini Schatzmann

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon, Dini Schatzmann, 28, meminta orang ramai agar tidak membuat spekulasi berhubung khabar angin yang mendakwa dia bakal mendirikan rumah tangga dengan pelakon, Janna Nick.

Katanya, perbincangan antara dia dan Janna untuk berkahwin memang pernah dibuat sebelum ini namun sehingga kini belum ada ketetapan berhubung hal tersebut.

“Kalau apa yang dikatakan (khabar angin) itu betul, maka ia (perkahwinan) itu akan terjadi. Kalau selepas tarikh itu tak ada apa-apa, maka tiadalah.

“Jika benar terjadi (berkahwin) saya akan beritahu semua orang. Perancangan perkahwinan semestinya ada sebab takkan kami nak berada dalam hubungan yang sekadar main-main.

“Insya-Allah, kalau boleh memang kami tidak mahu lama sangat (bercinta), takut tak ke mana,” katanya kepada Utusan Malaysia semasa majlis sidang media pelancaran treler dan poster filem Malbat: Misi Bakara, di sini, hari ini.

Dini dalam masa yang sama tidak terkejut dengan khabar angin tersebut dan menyifatkannya sebagai harga perlu dibayar oleh individu bergelar selebriti.

“Tak terkejut dengan khabar angin itu sebab berita kononnya saya dan Janna berkahwin sudah diperkatakan sejak beberapa tahun lepas.

“Saya juga faham, kami ‘under spotlight’ menunjukkan hubungan kami secara terbuka. Jadi jika ada khabar angin mengenai perkahwinan kami tentu akan diperkatakan.

“Ibarat api kecil boleh marak cepat di dalam industri,” tambahnya.

Terdahulu, Dini dan Janna dikhabarkan bakal melangsungkan perkahwinan pada 10 Jun ini di sebuah resort mewah di Pantai Cenang, Langkawi.

Selain itu, Janna turut dikatakan telah menghantar borang pernikahan di Pejabat Agama Daerah Langkawi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya