Jenazah Awang Askandar dijangka tiba di Sabah petang esok

Jenazah arwah Awang Askandar dijangka tiba di Sabah petang esok

Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Jenazah Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kedah, Awang Askandar Ampuan Yaacub,56, dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu petang esok.

Jenazah akan diterbangkan menaiki penerbangan Malaysia Airlines dari Kuala Lumpur dan dijadualkan tiba di Kota Kinabalu pada pukul 2.15 petang.

Selepas tiba di KKIA, jenazah akan dibawa pulang ke kampung halamannya di Kampung Benoni, Papar, kira-kira 50 kilometer (km) dari sini untuk penghormatan terakhir oleh keluarga terdekat serta pengurusan tertinggi APM.

Jenazah akan disembahyangkan di Masjid Jamek As Salam, Kampung Benoni dan seterusnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Benoni.

Jadual ketibaan jenazah Awang Askandar itu dimaklumkan sendiri oleh abang Allahyarham iaitu Awang Asim Ampuan Yaacub menerusi aplikasi Whatsapp.

Jenazah Awang Askandar akan disemadikan bersebelahan dengan pusara ibunya.

Allahyarham Awang Askandar merupakan salah seorang peserta Malaysia Everest 2023 (ME 2023) dan beliau dilaporkan maut akibat terjatuh pada 19 Mei lalu semasa berada pada ketinggian 8,000 meter dari aras laut iaitu hanya 20 minit sebelum sampai ke puncak Everest.

Selain itu, seorang lagi rakan pendaki Allahyarham Awang Askandar iaitu Muhammad Hawari Hashim,33, dilaporkan hilang selepas berjaya menawan puncak Everest.- utusan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya