KUALA TERENGGANU: Sebahagian kecil murid di Terengganu memakai pelitup muka ketika hadir semula bagi sesi persekolahan bermula kelmarin. Tinjauan Utusan Malaysia di beberapa sekolah sekitar bandar raya ini juga mendapati kebanyakan mereka membawa bekal air mineral berikutan cuaca panas ketika ini. Seorang kakitangan awam, Azlina Abdullah, 39, berkata, dia tidak ‘mewajibkan’ anaknya memakai pelitup muka untuk ke sekolah kerana situasi Covid-19 di Terengganu ketika ini tidak begitu membimbangkan seperti di…










