Jangka lebih 45,000 pengunjung hadiri LIMA 2023

Jangka lebih 45,000 pengunjung hadiri LIMA 2023

JANA Santhiran Muniayan pada majlis perasmian Hari Bertemu Pelanggan, Karnival Kerjaya dan Pelepasan Peserta Pertandingan 24 Hours Challange Langkawi International Maritime and Aerospace 2023 (LIMA 23) di KL Sentral, hari ini. - UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Langkawi International Maritime and Aerospace 2023 (LIMA’23) menjangkakan kehadiran lebih kurang 45,000 pengunjung dari seluruh dunia.

Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan (MOT), Datuk Jana Santhiran Muniayan berkata, pameran LIMA kali ini akan menyaksikan kemajuan teknologi dron dan aeroangkasa serta inovasi dalam industri perkapalan. 

“Selain pameran, forum dan persidangan, pelbagai aktiviti akan diadakan seperti perlumbaan dron, demonstrasi penerbangan dan ceramah teknologi serta pameran kerjaya. 

“Acara ini merupakan salah satu pameran maritim dan aeroangkasa terbesar di Asia Pasifik, di mana 40 peratus penganjuran adalah daripada sektor komersial di bawah MOT.

“Sementara itu, pertandingan cabaran 24 jam juga diadakan di mana para peserta akan bertolak dari Kuala Lumpur ke Langkawi, Kedah dalam tempoh 24 jam dengan menggunakan pengangkutan awam

“Pertandingan ini merupakan satu platform untuk menyemarakkan kesalinghubungan pengangkutan awam negara ke tahap yang lebih efisien,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa sidang akhbar selepas majlis perasmian Hari Bertemu Pelanggan, Karnival Kerjaya dan Pelepasan Peserta Pertandingan 24 Hours Challange Langkawi International Maritime and Aerospace 2023 (LIMA 23) di KL Sentral, di sini hari ini. 

Jana berkata, program hari ini untuk membudayakan dan mempromosikan rangkaian pengangkutan negara. 

“Ia membuka ruang dan peluang kepada pengunjung khasnya graduan, belia dan masyarakat umum untuk mendapatkan pengetahuan dan maklumat tentang sektor pengangkutan komersial. 

“Saya berharap program ini dapat memanfaatkan orang ramai dan menjana pertumbuhan serta inovasi dalam pengangkutan komersial,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN