Jamal Abdillah sambut ulang tahun ke-64, hari ini - Utusan Malaysia

Jamal Abdillah sambut ulang tahun ke-64, hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Isteri kepada raja pop legenda, Datuk Jamal Abdillah, Datin Zai Izzati Khiruddin memuat naik ucapan ulang tahun kelahiran ke-64 kepada suaminya, hari ini.

Menerusi perkongsian dalam Instagram, wanita itu mendoakan kebahagiaan buat suami tercinta serta mengharapkan keberkatan terhadap umur dan kesihatannya.

“Semoga Allah berkati umurmu, berbahagialah suamiku. Semoga awak terus menjadi kebanggaan saya, imam, suami paling terbaik, daddy yang hebat dan penyayang.

“Panjang umur dan sihat selalu. Semoga dimurahkan rezeki awak. Amin,” tulisnya.

Untuk info, penyanyi lagu Kekasih Awal dan Akhir ini dilahirkan pada 7 Mei 1959 di Perak.

Bulan lalu, Jamal menyambut kelahiran bayi perempuan baharu yang diberi nama Rahil Laura Sal Sabila Yamani hasil perkongsian hidup dengan Zai Izzati.

Jamal mendirikan rumah tangga dengan Zai Izzati pada 1 April 2017 dan dikurniakan tiga cahaya mata lain iaitu Nur Azura Yamani, 3, El Isaac Yamani, 2 dan Iskandar Rayyan Yamani, setahun.

Penyanyi lagu Ghazal Untuk Rabiah itu memiliki dua anak lelaki lain iaitu Osama Yamani, 21 dan Ahmad Zaki Yamani, 17, menerusi perkahwinan terdahulu.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya