Imej Halal Malaysia jadi tumpuan di Forum Kazan

Imej Halal Malaysia jadi tumpuan di Forum Kazan

SIRAJUDDIN Suhaimee ketika hadir pada Forum Rusia - Dunia Islam 2023 yang diadakan di Kazan, Tatarstan. - GAMBAR IHSAN JAKIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Walaupun prosedur label Halal Malaysia dianggap ketat di dunia, namun imej itu menyaksikan negara ini diberikan penghormatan di Kazan, Tatarstan minggu lalu di Forum Rusia – Dunia Islam 2023.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) memaklumkan, Timbalan Ketua Pengarahnya, Datuk Dr. Sirajuddin Suhaimee meraih penghormatan menyampaikan ucapan pada salah satu program di forum itu bersama Iszam Padil dari Sekretariat Majlis Halal Malaysia bersempena Pameran Industri Halal Global.

Program bertaraf global itu turut dikenali sebagai Forum Kazan, merupakan sidang kemuncak terbesar di Rusia dengan disertai lebih 7,500 peserta daripada 75 negara.

Ia dianggap ‘pentas’ utama Rusia dengan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) melibatkan lebih 200 acara selama tiga hari yang dihadiri Presiden Rusia, Vladimir Putin sendiri.

Delegasi Malaysia turut disertai Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu serta Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Mengulas lanjut, Jakim berkata, pameran berkenaan turut dihadiri oleh Rais atau merujuk ketua negara Tatarstan, Rustam Minnikhanov dan Datuk Bandar Kazan, Ilsur Metshin.

Ketika sela program, Sirajuddin turut berpeluang mengadakan perbincangan dengan Mufti Besar Tatarstan, Kamil Khazrat Sumigullin bagi meneroka kerjasama kedua-dua negara dalam pemasaran produk patuh piawaian halal selain mewujudkan hubungan perniagaan berkualiti tinggi.

Ujar Jakim lagi, sebanyak 100 pengeluar terbesar produk halal antarabangsa mengambil bahagian yang meliputi barang makanan, kosmetik, pakaian, aksesori dan kediaman.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya