Iman Troye, MK K-Clique, PTTI rai anak yatim - Utusan Malaysia

Iman Troye, MK K-Clique, PTTI rai anak yatim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi, Iman Troye dan MK K-Clique teruja dapat meraikan peminat dalam kalangan anak-anak yatim dan asnaf selain menyumbang dana terkumpul berjumlah RM15,000 menerusi pusat peningkatan akademik dan pakar dalam membantu pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), PTTI.

Iman yang juga ikon PTTI berkata, penganjuran majlis sambutan lebaran tersebut dapat menyuntik keceriaan dan berkongsi rezeki bersama anak-anak yatim serta asnaf di Pertubuhan Kebajikan Peribadi Mulia, Kajang, Selangor.

“Alhamdulillah, tahun ini PTTI membuat sesuatu yang istimewa dengan mengadakan majlis meraikan Syawal di rumah kebajikan terpilih. Tentu saja sambutan ini menggembiran adik-adik di situ. Jelas kelihatan keceriaan pada raut wajah masing-masing.

“Kehadiran kami bukan saja ingin meraikan mereka, tapi PTTI turut menghulurkan sumbangan RM15,000 bagi meringankan kekurangan dan beban ditanggung pertubuhan ini,” katanya.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif PTTI, Siti Farhana Abu Osman atau mesra disapa sebagai Cikgu Fana berkata, fokus utama PTTI adalah untuk membantu lebih ramai orang.

“Kami bukan saja membantu pelajar dalam menguasai pelajaran mereka, tapi keutamaan kami juga adalah ingin melihat lebih ramai anak bangsa kita berjaya. Sebab itu, apa yang kita buat ini adalah bersifat menyeluruh.

“Selain menekankan aspek pembelajaran, kami tentunya ingin membantu lebih ramai orang yang kurang berkemampuan. Saya percaya, sebaik-baik manusia adalah yang memberi manfaat kepada orang lain, insya-Allah,” katanya.

Selain sumbangan, anak-anak yatim dan asnaf turut menerima duit raya dan pelbagai hadiah selain meraikan guru-guru PTTI sempena Hari Guru.

Pertubuhan Kebajikan Peribadi Mulia mempunyai 75 orang penghuni yang terdiri daripada kanak-kanak berumur 1 hingga 17 tahun dalam kalangan anak-anak yatim dan golongan asnaf.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya