89 peserta AS cipta rekod dunia rantaian janggut terpanjang

89 peserta AS cipta rekod dunia rantaian janggut terpanjang

JANGGUT setiap peserta disambung dengan menggunakan klip rambut.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Pencinta misai dan janggut dari seluruh Amerika Syarikat (AS) berkumpul bersama untuk misi aneh iaitu mengikat janggut di wajah mereka bagi memecahkan Rekod Dunia Guinness.

Dalam pemandangan yang sangat luar biasa, anggota Beard Team USA berkumpul untuk Kejohanan Janggut dan Misai Kebangsaan di Florida demi mencipta rekod dunia baharu rantaian janggut terpanjang di dunia.

Menurut Metro UK, kumpulan disertai 89 orang itu berjaya mengatasi rekod sebelumnya, 45.99 meter dengan hasil rantaian baharu sepanjang 60 meter yang menyamai bangunan 20 tingkat atau dua ekor ikan paus biru.

“Sebaik sahaja janggut disambungkan menggunakan klip rambut, para peserta perlu kekal berdiri bersama selama sekurang-kurangnya 30 saat untuk rekod itu disahkan.

“Usaha mencipta rekod baharu ini awalnya agak mendebarkan namun sangat menakjubkan.

“Perkara kegemaran saya pastinya bertemu dengan peserta baharu dan bertemu semula dengan rakan lama,” kata Pengarah Kreatif Beard Team USA, Bryan Nelson.

Pertemuan itu berlangsung di Jeti Jalan Utama Florida yang terkenal di dunia, dengan kumpulan keluarga dan penonton menyaksikan bonanza janggut panjang daripada setiap peserta.

Kejohanan tersebut dilaporkan berlangsung setiap tahun di wilayah yang berbeza di seluruh AS.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN