KAMPAR: “Ibu pesan, jaga diri baik-baik,” kata Ahmad Danish Basyir Nasaruddin, 16. Ahmad Danish adalah anak kepada Azriyani Abdul Latif, 45, wanita yang maut bersama empat anaknya dalam nahas membabitkan kereta dan lori muatan pasir di Kilometer 310.1, Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan di sini awal pagi tadi. Menurut anak keempat daripada lapan beradik itu, pesanan tersebut diungkapkan ketika ibunya menghantarnya pulang ke asrama di Sekolah Izzuddin Shah di Ipoh…










