Ibu buat amang seksual terhadap anak, dituduh Mei ini - Utusan Malaysia

Ibu buat amang seksual terhadap anak, dituduh Mei ini

Amang seksual
RAMLI KASA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR: Seorang ibu yang melakukan amang seksual terhadap anak lelakinya berusia 14 tahun akan dituduh di mahkamah pada bulan ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa berkata, siasatan terhadap suspek lengkap dan dihantar kepada Timbalan Pendakwa Raya serta sudah pun menerima arahan untuk menuduh wanita berusia 33 tahun itu.

“Kita akan mengambil tindakan pendakwaan dengan tiga pertuduhan mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 selepas tamat reman suspek di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Buloh” katanya ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Kuala Selangor dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Melawati, hari ini.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan wanita tersebut dicekup polis selepas dipercayai melakukan amang seksual dengan anak lelakinya dan merakam adegan tersebut menggunakan telefon bimbit.

Wanita itu ditahan dekat kediamannya di Puncak Alam, Kuala Selangor, pada 2 Mei lalu selepas polis menerima laporan daripada pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang mendapat maklumat mengenai perbuatan itu menerusi sebuah video yang diperoleh daripada individu tidak dikenali.

Justeru, suspek direman sehingga 10 Mei lalu oleh Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor sebelum dibawa ke IPD Sungai Buloh bagi membantu siasatan kes sama di sekitar kawasan itu.

Selain wanita tersebut, seorang lelaki dipercayai bapa tiri mangsa berusia 30-an turut dicekup bagi membantu siasatan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya