Hattan diugut bunuh, santau - Isteri - Utusan Malaysia

Hattan diugut bunuh, santau – Isteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Isteri kepada penyanyi, Datuk Hattan mendedahkan suaminya bukan sahaja menerima kecaman dan makian daripada segelintir warganet malah turut diugut bunuh dan santau.

Datin Arianie Abidin, 52, mendedahkan, suaminya itu turut dihina sehingga ada yang menyamakan penyanyi Mahligai Syahdu dengan Firaun kerana sikap riaknya seperti yang didakwa.

“Walaupun ramai yang meminta saya untuk memberi penjelasan, tetapi bagi saya tidak perlu. Tak apalah, biar saya simpan sendiri cerita sebenar. Hanya saya dan keluarga yang mengenali dia.

“Menitik juga air mata saya membaca komen-komen, tetapi sebagai seorang isteri, saya perlu kuat dan sentiasa berada di belakang suami. Apa pun, baik buruk, dia tetap suami saya. Tiada manusia yang sempurna.

“Setiap manusia melakukan kesilapan. Janganlah kita meninggalkan komen sehingga menimpulkan fitnah. Takut yang dianggap salah dapat pahala. Kita pula dapat doa,” katanya.

Arianie mendedahkan perkara tersebut menerusi beberapa hantaran di Intastorynya hari ini.

Hattan baru-baru ini menerima kecaman teruk susulan kontroversi dia menempelak pembaca berita Astro Awani, Nursyazwani Saiful Sham yang dikatakan tidak membuat kajian sebelum bertanya soalan mengenai pemergian Mael XPDC.

Penyanyi berusia 58 tahun itu dikatakan berlagak sombong dan biadap ketika ‘menyekolahkan’ pembaca berita tersebut secara langsung.

Dalam pada itu, Arianie menambah, Hattan tidak membaca sebarang komen atau Direct Message (DM) yang dihantar warganet kerana dia menguruskan akaun media sosial suaminya.

“Saya yang muat naik video dan jaga Instagram dia. Sekarang saya letakkan akaun itu dalam mode privasi. Saya tak mahu kamu semua tambah dosa.

“Kalau nak komen, itu adalah pilihan anda. Tinggalkan komen di ruang yang disediakan,” kongsinya.

Isteri kepada penyanyi Memburu Rindu itu turut memuat naik tangkap layar beberapa kecaman, makian dan ugutan yang diterima menerusi DM.

Sehingga kini, Hattan tidak memberi sebarang penjelasan berhubung insiden tular tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya