Hari Guru: 27 buah sekolah di Putrajaya terima kek 

Hari Guru: 27 buah sekolah di Putrajaya terima kek 

MOHD. Hisamudin Yahaya (tengah) bersama wakil persatuan PIBG ketika sumbangan kek sempena Sambutan Hari Guru untuk diserahkan kepada 27 buah sekolah di dalam Parlimen Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Biro Pendidikan UMNO Putrajaya membuat kejutan sempena Hari Guru dengan menghantar 27 kek kepada semua sekolah di kawasan ini sebagai tanda menghargai warga pendidik.

Pengerusinya, Senator Datuk Mohd Hisamudin Yahaya berkata, kek tersebut diagihkan ke semua sekolah rendah dan menengah menerusi yang dipertua persatuan ibu bapa dan guru (PIBG) masing-masing.

“Ini  kejutan yang kami rancang untuk sekolah-sekolah di Putrajaya sempena Hari Guru yang disambut pada hari ini. 

“Semoga dengan pemberian kecil ini akan meningkatkan semangat para guru untuk terus mendidik anak bangsa untuk menjadi insan berguna kepada bangsa, agama dan negara,” katanya ketika ditemui pemberita selepas mengagihkan kek sempena Hari Guru kepada YDP PIBG Putrajaya, di sini.

Dalam perkembangan lain, Hisamudin memaklumkan ketika ini terdapat kira-kira 1,600 pelajar asnaf di Putrajaya yang memerlukan pelbagai bantuan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya