Hak 35% kerusi Dewan Rakyat bagi Sabah Sarawak diteruskan

Hak 35% kerusi Dewan Rakyat bagi Sabah Sarawak akan diteruskan

BANGUNAN DUN Sarawak .- UTUSAN/COWEN LINCH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING: Kerajaan Sarawak akan berusaha mengembalikan hak 35 peratus daripada 222 kerusi Dewan Rakyat bagi Sarawak dan Sabah.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang, MA63 Dan Hubungan Negeri-Persekutuan), Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali berkata usaha itu bagi memastikan perwakilan seimbang selaras dengan perjanjian pembentukan Malaysia pada 1963.

“Kerajaan negeri telah mencadangkan kepada kerajaan persekutuan sebelum ini supaya bilangan ahli parlimen (MP) Sabah dan Sarawak dinaikkan kepada 35 peratus.

“Perkara ini telah dibentangkan kepada Majlis Khas Perjanjian Malaysia 1963 (MKMA63) semasa mesyuaratnya pada 8 Sept tahun lepas. Melalui mesyuarat ini, telah dipersetujui bahawa Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) pada masa itu membawa cadangan ini ke mesyuarat kabinet persekutuan,” jelasnya.

Bagaimanapun kata Hasidah, pada 10 Okt tahun lalu Parlimen telah dibubarkan bagi memberi laluan kepada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

“Selepas penubuhan kerajaan persekutuan baharu di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, beliau telah bersetuju menambah baik platform sedia ada dengan menggantikan jawatankuasa sebelumnya MKMA63 dengan Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63),” katanya.

Beliau berkata demikian dalam persidangan ke-19 Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini hari ini.

Sharifah Hasidah turut menjelaskan mesyuarat pertama MTPMA63 telah diadakan pada 20 Jan yang lalu.

“Melalui mesyuarat ini, adalah dicadangkan supaya satu jawatankuasa kerja yang dipengerusikan oleh Menteri di Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) diwujudkan bagi meneruskan perbincangan mengenai perkara itu.

“Jawatankuasa ini ditubuhkan untuk mendapatkan keputusan dasar memandangkan perkara itu akan melibatkan pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan.

“Perlu diambil perhatian bahawa perkara itu juga telah dimaklumkan kepada Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof kerana beliau dilantik untuk menyelia semua perkara mengenai perkara ini untuk pihak persekutuan,” ujar Hasidah lagi.- utusan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.