Hadi dakwa sebahagian UMNO tentang RUU 355

Hadi dakwa sebahagian UMNO tentang RUU 355

ABDUL HADI AWANG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pas mendakwa usahanya merealisasikan pindaan Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) RUU 355 mendapat tentangan daripada sebahagian UMNO dan Pakatan Harapan (PH).

Presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, cadangan Pas adalah bagi meminda hukuman sebatan kepada hukum Islam yang mendidik, bukan sebatan menyeksa mengikut undang-undang barat.

Menurut beliau, DAP lantang menentang Pas sedangkan langkah dan tindakan diambil oleh partinya hanya berkait dengan penganut Islam sahaja tanpa mengganggu orang bukan Islam.

“Tiba-tiba, usaha ini mendapat tentangan daripada sebahagian UMNO, DAP, dan rakan-rakannya PKR, Amanah, dan lain-lain. Maka, sangat wajar jika UMNO kini bersekongkol dengan DAP membelakangi prinsip perjuangannya,” katanya melalui sebuah hantaran di Facebook.

Terdahulu, akhbar ini melaporkan, Akta 355 yang sepatutnya dibentangkan untuk pindaan pada persidangan hujung Oktober lalu namun terbantut susulan pembubaran Parlimen.

Draf pindaan kepada akta berkenaan yang dirujuk sebagai RUU 355 bagaimanapun sudah diluluskan oleh Jabatan Peguam Negara pada 7 Oktober lepas.

Penggubalan semula Akta 355 hasil Persidangan Penyelarasan Undang-Undang Syarak dan Sivil Ke-27 pada 2021 bakal menyeragamkan kuasa mahkamah syariah di Malaysia.

Sebelum ini juga, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Nai’im Mokhtar berkata, kerajaan memberi jaminan akan terus memperkukuhkan lagi Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 selagi ia memberi manfaat kepada umat Islam.

Sementara itu, Abdul Hadi berkata, keseluruhan pengamat politik termasuk para ilmuan yang menyokong melawan Pas lalu meremehkan perjuangan partinya sehingga tidak memperduli masalah keperluan kehidupan rakyat di negeri diperintah oleh Pas.

“Tanpa mengambil kira bahawa kerajaan PAS juga gigih berusaha secara politik menurut tabii manusia yang wajib mengurus keperluan kehidupan rakyat. Akan tetapi, PAS menghadapi banyak sekatan oleh kerajaan pusat.

“Bermula dengan Kelantan sejak zaman Perdana Menteri sekarang menjadi Menteri Kewangan sehingga kini. Urusan kewangan yang wajib mengikut perlembagaan, perjanjian, dan prinsip demokrasi tidak dihormati,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya