GPS pegang prinsip akur keputusan Agong, pulihkan ekonomi

GPS pegang prinsip akur keputusan Agong, mahu pulihkan ekonomi, stabilkan politik

FADILLAH YUSOF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING: Ketua Whip Gabungan Parti Sarawak (GPS) Datuk Seri Fadillah Yusof menegaskan GPS berpegang kepada prinsip akur akan hasrat Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bagi mewujudkan kerajaan yang stabil dan memulihkan ekonomi negara.

Timbalan Perdana Menteri berkata, isu berkaitan politik ketika ini perlu diketepikan dan seterusnya fokus diberikan kepada rakyat dalam usaha memulihkan ekonomi.

“Di peringkat GPS yang pasti sekarang ini ialah tumpuan kita yang pertama sekali untuk memastikan membentuk kerajaan yang stabil, itu hasrat GPS.

“Sebab itu kita akur kepada hasrat Yang di-Pertuan Agong (Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah) untuk mewujudkan kerajaan perpaduan dan diharapkan kerajaan pusat perpaduan ini kita dapat fokus mewujudkan kerajaan yang stabil supaya kita dpt memulihkan ekonomi negara kita, itu yang kritikal di peringkat kita GPS.

“Ini kerana dengan ekonomi yang kukuh bukan hanya dapat memulihkan ekonomi negara, tetapi ia dapat membantu rakyat kita.

“Rakyat sekarang ini mengharapkan agar semua parti politik menumpukan kepada kebajikan rakyat, kemaslahatan negara kita, justeru itu fokus kita memberi tumpuan kepada pemulihan ekonomi negara kita sahaja buat masa ini,” tambah beliau.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menghadiri Mailis Ramah Tamah Aidilfitri 2023 Persaudaraan Masjid, Bintangor Dan Haji Taha Kuching (M.B.H.T), di Hotel Waterfront Kuching, malam tadi.

Justeru, Fadillah bertegas agar kesemua parti komponen yang membentuk Kerajaan Perpaduan harus mengelak daripada politiking.

“Perkara politik diperingkat pembangkang ataupun kerajaan perlu ditepikan dan seharysnya memberi tumpuan memastikan kita fokus kepada pembangunan dan pemulihan negara kita. Sebab itu kita nak memastikan kerajaan perpaduan ini akan terus kekal stabil dan diperingkat kerajaan semua parti yang membentuk kerajaan ini kena memberi tumpuan kepada perkara ini, jangan juga terlibat dalam berpolitik, jaga sensitiviti terhadap semua komponen parti yang membentuk kerajaan.

“Pada masa yang sama kita terus menjadi sebuah negara yang bukan sahaja bersatu padu tetapi sebuah negara yang dihormati oleh negara luar, barulah nanti kita dapat menjemput dan menarik pelabur ke negara kita. Jadi itu yang sepatutnya diberi fokus kepada kita semua, dan GPS itulah fokus kita dan tidak akan untuk berpolitik lagi kerana sekarang ini ialah masa untuk kita membangunkan negara kita,” tegas Fadillah.

Fadillah turut yakin kerajaan perpaduan yang dibentuk kuat untuk mengurus dan mentadbir negara dalam tempoh yang diberikan.

“Kalau kita lihat pada proses parlimen bajet diluluskan, dengan suara penuh maknanya kerajaan sekrg ini agak stabil, agak kuat. Dengan jumlah kerusi 148 sokongan, sudah pasti ia merupakan kerajaan yang agak kukuh dan agak kuat,” ujar beliau.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya