Fedtri Yahya lupakan hasrat rakam Jejak Rasul di luar negara - Utusan Malaysia

Fedtri Yahya lupakan hasrat rakam Jejak Rasul di luar negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pengacara, Ahmad Fedtri Yahya, 41, terpaksa melupakan hasrat untuk membuat penggambaran program Jejak Rasul di luar negara ekoran kos perbelanjaan yang terlalu tinggi.

Kata Fedtri, pihak produksi program berkenaan terpaksa menanggung nilai perbelanjaan tidak masuk akal sekiranya perancangan itu diteruskan.

“Pada awal kami rancang untuk ke luar negara, termasuk Palestin dan Mekah.

“Namun, ia tidak dapat diteruskan berikutan nilai Ringgit yang menyusut pada masa sekarang.

“Keadaan itu memungkingkan nilai perbelanjaan melonjak secara keterlaluan,” katanya kepada pemberita, baru-baru ini.

Disebabkan keadaan itu juga, Fedtri dan seluruh pasukan produksi Jejak Rasul telah memutuskan untuk memilih beberapa negeri di Semenanjung Malaysia sebagai lokasi penggambaran musim baharu program tersebut, Ulama Pewaris Rasul 3 yang ditayangkan sepanjang Ramadan lepas.

Antara lokasi terbabit adalah Pulau Pinang, Pahang, Terengganu dan Kelantan.

Tambah Fedtri, selain mata wang, keselamatan juga menjadi faktor yang mendorong pasukan pihaknya menangguh perancangan untuk melakukan penggambaran di luar negara.

“Contoh Palestin yang bergolak dan Turki yang dilanda gempa bumi.

“Kami tak mahu ambil risiko kerana keselamatan adalah perkara yang paling diutamakan,” katanya lagi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya