Farid Kamil desak individu sebar fitnah mohon maaf - Utusan Malaysia

Farid Kamil desak individu sebar fitnah mohon maaf

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon, Farid Kamil mendesak individu tidak bertanggungjawab yang mencetuskan fitnah dengan menggunakan namanya untuk mereka-reka kenyataan tentang filem Anwar The Untold Story tampil memohon maaf.

Tegas Farid, dia tidak pernah mengeluarkan apa-apa kenyataan dangkal tentang Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan berharap pihak berkenaan segera menghentikan fitnah tersebut.

“Kenyataan ini adalah fitnah semata-mata. Saya tidak pernah mengeluarkan kenyataan seperti ini dan saya yakin ia adalah permainan jahat golongan yang tidak bertanggungjawab untuk merosakkan perpaduan dalam kalangan masyarakat.

“Saya mendesak mereka yang membuat perkara ini memohon maaf dengan segera dan memadamkan fitnah ini dari terus disebarkan,” tulisnya di Instagram.

Farid, dalam kenyataan berkenaan, dipetik berkata dia sukar melakonkan watak Anwar dalam filem tersebut kerana Anwar pelakon yang lebih hebat darinya.

Pelakon tersebut bagaimanapun menegaskan tidak pernah mengeluarkan kenyataan tersebut.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya