DXN rancang perluas perniagaan ke Afrika, Amerika Selatan

DXN rancang perluas perniagaan ke Afrika, Amerika Selatan

LIM SIOW JIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CYBERJAYA: Syarikat jualan langsung berorientasikan kesihatan dan kesejahteraan, DXN Holdings Bhd (DXN) merancang untuk memperluaskan jenamanya meliputi dua pasaran baharu di peringkat global iaitu Afrika dan Amerika Selatan.

Pengerusi Eksekutif dan pengasas DXN, Datuk Lim Siow Jin berkata, perancangan yang akan dilaksanakan pada tahun ini melibatkan Brazil, Argentina, Algeria, Nigeria dan Mesir.

“Kami sedang fokus untuk memperluas pasaran di negara-negara berkenaan dan menjana lebih banyak jualan. Semua ini bakal kita laksanakan dalam tempoh lima tahun,” katanya menerusi sidang akhbar di DXN Cyberville, di sini hari ini.

Menurut beliau, majoriti keuntungan DXN disumbangkan oleh pasaran eksport di negara-negara tertentu di Amerika Latin, Timur Tengah, Asia Selatan dan Asia Tenggara.

Katanya, wilayah tersebut menjadi pasaran utama DXN hasil daripada rangkaian produknya yang luas dan diterima baik oleh penduduk tempatan melalui penglibatan berterusan dan hubungan baik.

Mengulas lanjut, Siow Jin berkata, DXN kini mempunyai lebih 2,500 pekerja tempatan dan sejumlah 15 juta pengedar di seluruh dunia dengan 3.6 juta orang daripadanya adalah pengedar yang aktif.

Selain itu, katanya, DXN juga banyak membuat pelaburan ke atas kemudahan penyelidikan dan pembangunan, pembuatan serta pengeluaran syarikat tersebut.

“Pada masa ini DXN mempunyai dua kemudahan penyelidikan, 10 kemudahan pembuatan dan enam kemudahan penanaman antaranya terletak di Kedah, China, Indonesia, India dan Mexico.

“Kami berharap untuk mengekalkan prestasi pertumbuhan dengan menembusi pasaran yang lebih luas di Malaysia serta pentas antarabangsa,” ujarnya.

DXN memiliki lebih daripada 200 jenis produk yang mana kopi mewakili segmen terbesar dengan tawaran 13 jenis minuman kopi, produk makanan tambahan yang dihasilkan daripada tiga jenis bahan semula jadi terma­suk ganoderma, spirulina dan juga mengkudu.

Selain itu, syarikat tersebut juga menawarkan segmen produk kecantikan dan penjagaan serta produk kesihatan lain. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya