PETALING JAYA: Dua kejadian pokok tumbang di sekitar ibu negara susulan hujan lebat, pagi tadi.
Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur telah menerima panggilan kecemasan dari berkaitan kes pokok tumbang kira-kira pukul 8.05 pagi.
Jurucakap Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur berkata, lokasi pertama berlaku di Dutamas Publika apabila sebatang pokok tumbang di atas di atas jalan raya sehingga masuk ke dalam pusat membeli belah.
“Kejadian kedua melibatkan pokok tumbang di Jalan Athinahapan 1, Taman Tun Dr. Ismail di sini sehingga menghalang lalu lintas.
“Bagaimanapun, kedua-dua kejadian tidak melibatkan sebarqng mangsa,” ujarnyua.
Tambahnya, kerja-kerja mengalihkan pokok sedang dilakukan.- UTUSAN