'Diam-diam' buat simpanan, daftar haji anak tunggal

‘Diam-diam’ buat simpanan, daftar haji anak tunggal

NUR Ain Sakinah Mohd. Fauzi (tengah) bersama Mohd. Fauzi Johari (kanan) dan Sofiah Man pada Majlis Mengucapkan Selamat Jalan Kepada Jemaah Haji Kedah ke Tanah Suci 1444 Hijrah di Alor Setar, Kedah. - UTUSAN/JAMLIAH ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Seorang gadis melahirkan rasa bertuah apabila dapat menunaikan ibadah haji tahun ini bersama ibu bapanya.

Nur Ain Sakinah Mohd. Fauzi, 26, berkata, dia tidak menyangka bapanya, Mohd. Fauzi Johari, 59, dan ibu, Sofiah Man, 57, membuat simpanan Tabung Haji untuknya sejak kecil.

“Apa yang lebih menggembirakan saya adalah kami bertiga dapat menunaikan haji bersama tahun ini. Dalam diam-diam rupanya mereka mendaftar haji untuk saya sekali pada 2008.

“Sejak dapat tawaran Ramadan lalu, kami mengambil kursus dan membeli kelengkapan haji bersama,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Tiga beranak itu adalah antara 2,321 jemaah haji dari Kedah yang terpilih menunaikan ibadah berkenaan pada tahun ini dan berlepas ke Mekah dengan penerbangan terus dari Alor Setar bermula 20 Mei lepas.

Nur Ain Sakinah yang juga anak tunggal berkata, menunaikan haji pada usia muda diharap dapat memberi kelebihan kepadanya untuk mendapat haji yang mabrur.

Dalam pada itu, menurut Sofiah, sejak anaknya itu masih kecil, dia dan suami mendisiplinkan diri untuk membuat simpanan dalam Tabung Haji. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN