PETALING JAYA: Bermodalkan sehingga RM150 pengguna aplikasi media sosial mampu mendapatkan akses ‘sepanjang hayat’ kepada kumpulan sembang khas yang disediakan oleh pemilik-pemilik akaun Darkside (DS). Pemerhatian Utusan Malaysia mendapati, bagi mendapatkan pautan kepada kumpulan sembang khas tersebut, pengguna perlu membayar terlebih dahulu bayaran pendahuluan sekurang-kurangnya RM100 untuk pemilik akaun berkenaan membalas mesej lalu diteruskan dengan bayaran seterusnya. Melalui dua langkah tersebut, pelanggan kepada pemilik akaun DS itu dapat ‘menikmati’ pelbagai…