Cuaca panas: Solat hajat esok demi kesejahteraan negara

Cuaca panas: Solat hajat esok demi kesejahteraan negara

SOLAT hajat itu dicadangkan selepas solat Isyak esok yang akan dilaksanakan di Masjid Negara, Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Masjid di bawah seliaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) diminta supaya melaksanakan solat hajat untuk mendoakan kesejahteraan negara susulan cuaca panas dan kering ketika ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar berkata, solat hajat itu dicadangkan selepas solat Isyak esok yang akan dilaksanakan di Masjid Negara, Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin.

“Masjid dan surau di bawah pentadbiran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) turut diminta melaksanakan solat hajat pada tarikh sama untuk memohon kesejahteraan buat negara dan masyarakat,” katanya menerusi kenyataan akhbar hari ini.

Katanya, negara sedang berhadapan dengan keadaan cuaca panas dan kering yang memberikan kesan kepada kehidupan masyarakat dalam urusan seharian.

Mohd Na’im berkata, beliau menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk terus berdoa supaya cuaca kembali berada dalam keadaan baik.

“Sesungguhnya fenomena alam yang berlaku saban waktu adalah sebahagian dari tanda-tanda kebesaran dan kekuasaan Allah SWT.

“Semoga rakyat Malaysia dihindarkan dari sebarang kemudaratan dan sentiasa berada di bawah lindungan Allah SWT,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya