Cuaca panas: FAMA bantu usahawan pasar produk pertanian - Utusan Malaysia

Cuaca panas: FAMA bantu usahawan pasar produk pertanian

ABDUL Rashid Bahri (berdiri, lima dari kiri) bersama usahawan yang menerima bantuan pada Program Penyerahan Bantuan Peralatan Sokongan Pemasaran Usahawan Negeri Terengganu di Kuala Terengganu, hari ini. - UTUSAN/KAMALIZA KAMARUDDIN 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Usahawan tani di negeri ini yang berdepan masalah pemasaran produk pertanian berikutan cuaca panas ketika ini perlu tampil untuk mendapatkan bantuan daripada Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA).

Pemangku Ketua Pengarah FAMA, Abdul Rashid Bahri berkata, pihaknya mempunyai banyak kaedah untuk membantu mereka memasar hasil tani seperti mengadakan aktiviti Pasar Tani, Jualan Agro Madani dan outlet peruncitan FAMA di seluruh negara.

Menurutnya, FAMA sentiasa membantu  usahawan-usahawan tani yang memerlukan  tanpa mengira musim banjir atau musim panas kerana bantuan yang disediakan terbuka sepanjang masa.

“Malah, apa sahaja masalah yang dibangkitkan usahawan tani kita akan cuba selesaikan, jumpa mereka untuk mengetahui punca, kita ada pelbagai solusi penyelesaian.

“Setakat ini, kita dah selesaikan banyak isu-isu yang dibangkitkan usahawan tani termasuk di media sosial antaranya Johor, Selangor Negeri Sembilan dan Terengganu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Penyerahan Bantuan Peralatan Sokongan Pemasaran Usahawan Negeri Terengganu di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Abdul Rashid memberitahu, semua usahawan tani perlu mendaftar di bawah program Ladang Kontrak kerana pelbagai kemudahan dan manfaat boleh diperoleh seperti  kemudahan kenderaan untuk menghantar hasil pertanian.

“Objektif program ini adalah untuk membantu meningkatkan pendapatan usahawan melalui pemberian bantuan projek ekonomi yang melibatkan aktiviti pengeluaran, pemprosesan, pengedaran dan pemasaran. 

“Selain itu, FAMA mahu meningkatkan pengetahuan, kemahiran serta daya saing usahawan melalui latihan-latihan di bawah program tersebut,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.